Assalamualaikum. Hari ini mood tak nak main2 macam selalu. Merepek benda dan perkara yang tak berfaedah. Hari ini kita semoa sama2 merenung apakah perkara terbaik yg pernah diri kita buat sepanjang kita hidup didunia ini.
Mungkin semua tidak pernah berfikir bahawa apakah mungkin kita akan berada di tempat terbaik disisi Allah. Apakah mungkin segala amalan dan perlakuan kita cukup untuk membolehkan kita terus setia menjadi penghuni syurga. Apakah mungkin segala amalan kita boleh membanggakan kedua ibubapa kita yg penat lelah mendidik dan mengajar kita. Apakah segala persoalan ini boleh dijawab dengan mudah tanpa sebarang penyesalan kelak.
Rasa nak menitis air mata saat memikirkan betapa jahilnya kita sebagai penghuni diatas muka bumi ini. Betapa sikit amalan kita yang akan dibawa sebagai bekalan di ahkirat kelak. Sebagai manusia biasa tak pernah terpikir pun perkara seperti ini. Betul tak??.
Dalam persepsi lain, tidakkah kita berasa kasihan kepada ibubapa kita. Dengan seluruh jiwa dan raga berusaha mendidik kita untuk menjadi insan yg baik didunia mahupun diakhirat. Alangkah kasihan tatkala ibubapa kita mengetahui bahawa kita melakukan perkara yg tidak baik diluar sana. Alangkah kasihan apabila segala kepercayaan yg ibubapa berikan, kita musnahkan dengan sekelip mata melalui perbuatan kita. Seburuk apa pun ibubapa kita, sekaya apa pun ibubapa kita, sebaik mana pun ibubapa kita, MEREKA tetep ibubapa kita. Mereka tetap insan yg layak mendapat penghormatan dari kita. Mereka tetap insan yg mulia tempatnya disisi ALLAH. Terima kasih atas segalanya ibu dan ayah.
Jadi ingatlah bahawa Allah memperingat semua umatnya bahawa "Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya". Surah al-Imran ayat 185. Berubah menjadi insan yg lebih baik dari sebelumnya. Sesungguhnya setiap orang tidak sesempurna dari sebelumnya dan sesungguhnya orang yg berubah itu adalah manusia yg memahami erti kehidupan sebenar. Kesilapan mengajar manusia menjadi seorang insan.
Maaf andai ini tidak selengkap sebagaimana NABI MUHAMMAD memperingatkan umatnya.
AKhir sekali : " Dan milik ALLAHlah apa yg ada dilangit dan apa yg ada di bumi. (Dengan demikian) Dia akan memberi balasan kepada orang2 yg membuat jahat sesuai dengan apa yg mereka kerjakan dan Dia akan memberi balasan kepada orang2 yg berbuat baik dengan pahala yg lebih baik (syurga). Surah An-Najm ayat 31.
SEKIAN..:D
No comments:
Post a Comment