Thursday, December 29, 2011

Imbasan cuti-cuti ku..

Suka merepek follower tak ramai juga. Cuti sem kali ni dah nak habis sudah. Sebelum balik ke negeri Kelantan, iqa nak kumpulkan perkara yg iqa buat sepanjang cuti ni. Jom, meh baca sama2 apa yg iqa nak merepek ni.


Pertama: Keluar merayap dengan kawan lama

Aktiviti pertama yg iqa buat bila start cuti. Habiskan duit jek. Dah lama tak turun bandar sampai terpusing-pusing iqa dengan kawan iqa. Lepas tu dah ler salah beli tiket wayang. Amek kau tengok citer twilight. Serius mengantok.


Ini kawan iqa : pipz

Niat memang nak tengok wayang "ombak rindu"


Kedua: Melencong ke Port Dickson.

Ha, kenapa tajuk melencong bukan melancong. Sebabnya tak plan pown nak pergi berjalan kesana. Disebabkan tarikh tu amat bermakna untuk parents iqa. Tanggal 18 dis 2011 merupakan ulang tahun perkahwinan parents iqa. So, tarikh tu satu family pergi makan angin. berjalan sakan sampai last2 ayah iqa demam. Keciankan.


..Ini family iqa..

..Ibu dan ayah..

..Adik-adik iqa.. nice,


Ketiga: Pergi majlis perkahwinan sedara VS makan malam bersama family besar

Dalam satu hari ada dua buah rumah. Memang serius nak cakap iqa cukup kenyang. Tipu tak kenyang. Memang bab makan tak payah nak malu sangat. Makan jek.
Malam pula, makcik belanja makan. Makan lagi. Memang cukup kenyang. Selera bertambah sebab makan dengan atok, nenek, makcik, pakcik, sepupu, ibu n ayah, adik beradik. Bayangkan betapa panjang meja makan owg kedai tu susun utk family besar iqa. Malam tu best sangat. Balik2 terus lentok sebab iqa ngantok sangat. Kekenyangan nampak.


Keempat: Balik kampung kat KOTA TINGGI

Wah, dah lama tak balik kampong. Iqa dah jadi macam owg yg terlebih excited. Sebab bnyk da
h berubah. Dah banyak kemajuan. Fuuiiiyyooo.. Haha..
Sampai rumah nenek dah maghrib. So, secara automatiknya iqa tak mandi malam tu. Sebab air kat kampung teramat sejuk. Walaupun kejap jek kat kampung tapi best sangat. Terima kasih atok dan nenek yg sanggup melayan kerenah kami sekeluarga.


Habis sudah imbasan cuti2 iqa. Walaupun tak banyak tapi sangat best. Cukup utk dijadikan memory sebagai bekalan ke Kelantan. Well, mungkin sampai waktu untuk iqa kata "Selamat tinggal JOHOR dan Selamat datang KELANTAN". That all..


..Sepupu iqa..

..Kami.. Kita..


..SEKIAN..

Wednesday, December 7, 2011

CoreTan peRsaHabaTan.

Coretan persahabatan dimulai dengan video dituju khas buat :
Atikah, Fadila, Fashehah, Hasanah



CORETAN:
First : Nak bagi tahu terima kasih sebab sudi jadi teman, sahabat,
pendamping buat aku.
terima kasih sebab sudi mendengar segala coretan, segala masalah
yg aku hadapi sepanjang kat KKNC.
terima kasih sebab korang semua mengubah aku dari baik menjadi lebih baik;
Second: Nak bagi tahu sedar tak sedar korang cukup memainkan peranan masing2 dalam membentuk imej dan peribadi aku.

[ Dila: aku kagum dgn sifat ko yg penyabar dan tabah ]
[ Atikah: aku cukup tertarik dengan kelembutan dan kesopanan yg ko miliki ]
[ Seha: even ko cukup bising, tp ak kagum dgn kebersihan dan kekemasan yg ko pamerkan ]
[ Hasanah: ak cukup tertarik dgn sikap ko yg suka berusaha samaada pelajaran /pribadi ]

Dengan itu, ak mempelajari bahawa ak perlu lebih banyak bersabar dan kuat
menghadapi segala masalah, taknak terlalu ganas dan sentiasa lemah lembut even perubahannya adalah sedikit, almaklum sekarang ak dah belajar cara utk mengekalkan kekemasan dan kebersihan, sentiasa berusaha menjadi seorang yg baik menjadi lebih baik secara berdikit-dikit.

Third: Nak bagi tahu setiap detik yg berlaku ak amat hargai.
Korang datang bilik aku sebelum turun makan, korang ajak ak makan kat bilik korang,
korang beli makanan utk aku time sarapan, teman ak pergi jalan2, dengar luahan dan ketidakpuasan hati yg ak alami, bagi ak lepak2 kat bilik korang.
aku amat2 hargai. Korang memenuhi setiap ruang kesunyian yg ada.

Lastly: Korang segalanya buat aku. Ketika korang berasa sedih dan sayu ak secara jujurnya
berasa kelu dan kaku. Apakah patot ak lakukan kpd korang supaya kesedihan yg korang alami
dapat aku ubati dan dapat disembuh.

TERIMA KASIH KAWAN..

..Comel Lagi meNaWan..

..Ini aDaLah KaMi..

Sunday, November 20, 2011

Jom muhasabah diri

Assalamualaikum. Hari ini mood tak nak main2 macam selalu. Merepek benda dan perkara yang tak berfaedah. Hari ini kita semoa sama2 merenung apakah perkara terbaik yg pernah diri kita buat sepanjang kita hidup didunia ini.

Mungkin semua tidak pernah berfikir bahawa apakah mungkin kita akan berada di tempat terbaik disisi Allah. Apakah mungkin segala amalan dan perlakuan kita cukup untuk membolehkan kita terus setia menjadi penghuni syurga. Apakah mungkin segala amalan kita boleh membanggakan kedua ibubapa kita yg penat lelah mendidik dan mengajar kita. Apakah segala persoalan ini boleh dijawab dengan mudah tanpa sebarang penyesalan kelak.

Rasa nak menitis air mata saat memikirkan betapa jahilnya kita sebagai penghuni diatas muka bumi ini. Betapa sikit amalan kita yang akan dibawa sebagai bekalan di ahkirat kelak. Sebagai manusia biasa tak pernah terpikir pun perkara seperti ini. Betul tak??.

Dalam persepsi lain, tidakkah kita berasa kasihan kepada ibubapa kita. Dengan seluruh jiwa dan raga berusaha mendidik kita untuk menjadi insan yg baik didunia mahupun diakhirat. Alangkah kasihan tatkala ibubapa kita mengetahui bahawa kita melakukan perkara yg tidak baik diluar sana. Alangkah kasihan apabila segala kepercayaan yg ibubapa berikan, kita musnahkan dengan sekelip mata melalui perbuatan kita. Seburuk apa pun ibubapa kita, sekaya apa pun ibubapa kita, sebaik mana pun ibubapa kita, MEREKA tetep ibubapa kita. Mereka tetap insan yg layak mendapat penghormatan dari kita. Mereka tetap insan yg mulia tempatnya disisi ALLAH. Terima kasih atas segalanya ibu dan ayah.

Jadi ingatlah bahawa Allah memperingat semua umatnya bahawa "Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya". Surah al-Imran ayat 185. Berubah menjadi insan yg lebih baik dari sebelumnya. Sesungguhnya setiap orang tidak sesempurna dari sebelumnya dan sesungguhnya orang yg berubah itu adalah manusia yg memahami erti kehidupan sebenar. Kesilapan mengajar manusia menjadi seorang insan.

Maaf andai ini tidak selengkap sebagaimana NABI MUHAMMAD memperingatkan umatnya.

AKhir sekali : " Dan milik ALLAHlah apa yg ada dilangit dan apa yg ada di bumi. (Dengan demikian) Dia akan memberi balasan kepada orang2 yg membuat jahat sesuai dengan apa yg mereka kerjakan dan Dia akan memberi balasan kepada orang2 yg berbuat baik dengan pahala yg lebih baik (syurga). Surah An-Najm ayat 31.

SEKIAN..:D